Apr 17, 2010

TEMU DUGA KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

TEACHER EDUCATION DIVISION

MINISTRY OF EDUCATION MALAYSIA

ARAS 2-6, BLOK E 13, KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E

PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

62604 PUTRAJAYA

Tel : 03-88841000

Fax: 03-88841081, 88893507
--------------------------------------------------------------------------------

Ruj. Kami :

Tarikh : 17 April 2010 .


Tuan/Puan,

TEMU DUGA KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH RENDAH (KPLI-SR) AMBILAN JUN 2010

Sukacita dimaklumkan bahawa tuan/puan telah dipilih untuk menghadiri temu duga tersebut di atas. Butiran temu duga adalah seperti berikut:




TARIKH :

KOD PUSAT :

KURSUS :
2. Sila bawa bersama dokumen asal dan salinan yang telah disahkan seperti berikut:

2.1 Kad Pengenalan 

2.2 Sijil Kelahiran

2.3 Ijazah Sarjana Muda

2.4 Surat Pengiktirafan Ijazah yang dimuat turun dari laman web JPA

2.5 Semua Transkrip Keputusan Peperiksaan

2.6 Sijil Akademik (SPM, STPM, Matrikulasi)

2.7 Sijil Berhenti Sekolah (Peringkat Menengah Atas)

2.9 Surat Lantikan sebagai Guru Sandaran Tidak Terlatih/ Guru Ganti

2.8 Sijil/Surat Keterangan Gerak Kerja Kokurikulum (Menengah Atas) 

2.10 Surat Pengesahan Ketua Jabatan jika sedang berkhidmat dengan kerajaan atau badan berkanun.

2.11 Dokumen-dokumen lain yang berkaitan. 


3. Calon dikehendaki menyemak laman web Kementerian Pelajaran Malaysia di URL, http://www.moe.gov.my untuk memuat turun dan mencetak borang-borang berikut dan dilengkapkan untuk dibawa semasa menghadiri temu duga :

3.1 Borang Maklumat Diri

3.2 Borang Pernyataan Hasrat

3.3 Senarai Semak Dokumen Calon

4. Temu duga akan dijalan secara Kumpulan dan Individu. Penilaian temu duga calon merangkumi aspek-aspek berikut :

4.1 Isu-isu Pendidikan
4.2 Bidang dipohon
4.3 Komunikasi 
4.4 Sahsiah

5. Calon untuk Pengajian Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil dikehendaki menduduki Ujian Bertulis bahasa tersebut. Calon yang memohon bidang pengajian Bahasa Inggeris akan ditemu duga dalam bahasa tersebut.

6. Calon Pengajian Pendidikan Jasmani hendaklah membawa pakaian sukan yang sesuai untuk ujian amali.

Calon Pengajian Muzik perlu menjalani ujian amali muzik dan digalakkan membawa peralatan muzik sendiri.

7. Calon hendaklah berpakaian kemas dan sopan sesuai dengan profesion keguruan.

8. Calon dikehendaki berada di pusat temu duga setengah jam sebelum sesi temu duga bermula.

9. Semua perbelanjaan untuk menghadiri temu duga adalah tanggungan calon sendiri.

10. Tarikh dan tempat temu duga adalah muktamad.

Sekian, terima kasih.



"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

3 comments:

Anonymous said...

SALAM..saya telah mendapat panggilan temuduga, di sini saye nk tau, surat pengiktirafan ijazah dr jpa tu yang mane satu??yang kene masuk menu interaktif tu ke??

lvynana said...

tahniah, awak pegi je ke www.jpa.gov.my.
Dapat interview kat mane?

ash said...

Hai.. sekadar ingin berkongsi, anda boleh dapatkan tips temuduga dan peperiksaan kpli ni di sini TIPS PEPERIKSAAN TEMUDUGA KPLI DPLI