Nov 11, 2010

INSAK 3

Jawab A (setuju) atau B (Tidak Setuju).

  1. Saya rasa kecewa kerana ramai kawan tidak percaya kata saya.
  2. Jika ada orang menegur, saya tidak akan menegur balik.
  3. Saya benci murid yang kurang ada semangat berdikari.
  4. Adalah sukar saya mengawal emosi apabila saya menghadapi masalah berkerja.
  5. Saya tidak suka berkawan dengan orang yang berjeneka sahaja.
  6. Walau apa kurang pasti kejayaan, kita harus optimistik.
  7. Saya kurang gembira apabila diarah buat kerja yang saya rasa bosan.
  8. Saya biasanya buat persediaan pada saat-saat terakhir supaya tidak mudah lupanya dalam masa peperiksaan.
  9. Jika saya gagal, saya akan putus asa.
  10. Guru yang dihormati adalah gutu yang sering menghukum murid.
  11. Saya tidak suka orang yang memberi teguran.
  12. Saya sentiasa berbuka hati menerima teguran yang ikhlas.
  13. Jika kawan saya buat kesilapan, saya akan memberitahunya dalam situasi yang sesuai.
  14. Saya akan rasa syukur apabila tiada rakan sejawat berprestasi lebih baik daripada saya.
  15. Inilah hakikat benar bahawa setiap manusia mementingkan diri sendiri.

Serap GSTT ke jawatan tetap

ARKIB : 13/10/2010

KUALA LUMPUR 12 Okt. - Kementerian Pelajaran bakal memperkenalkan mekanisme bagi membolehkan lebih ramai guru sandaran tidak terlatih (GSTT) diserap ke jawatan tetap pada masa hadapan.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, kajian khusus mengenainya sedang dijalankan dan ia dijangka dapat disiapkan dalam masa terdekat.

Beliau berkata, kementerian sedar ketika ini terdapat ramai GSTT yang berkebolehan serta berkemampuan namun gagal menempatkan diri ke jawatan tetap kerana tempat yang disediakan adalah terhad.

"Bagi membolehkan mereka diserap ke jawatan tetap, kementerian menggalakkan GSTT memohon mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI). Namun kami sedar, bukan semua 12,546 GSTT akan diterima kerana tempat yang terhad.

"Justeru, satu kajian khusus sedang dijalankan dan kita akan mengetahui hasilnya dalam masa terdekat. Kementerian prihatin dengan nasib guru berkenaan kerana ada antara mereka yang telah berkhidmat lebih daripada lima tahun," katanya.

Beliau menjawab soalan Datuk Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) yang meminta kementerian menyatakan sama ada wujud dasar menyerap semua GSTT ke jawatan tetap setelah mengikuti Kursus Dalam Cuti (KDC).

Sementara itu, Mohd. Puad menjelaskan, kementeriannya masih meneruskan program KDC dan Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM) bagi menyerap GSTT ke jawatan tetap.
"Seramai 1,400 guru GSTT akan menyertai kedua-dua program tersebut 22 November depan bagi melayakkan mereka diserap ke jawatan tetap.

"Bagi yang tidak terpilih KPLI, KDC dan KDPM, Kementerian Pelajaran prihatin dengan nasib mereka. Menyedari minat serta kelayakan yang ada pada GSTT, sebab itulah kementerian menjalankan kajian tersebut," ujarnya.

source:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1013&pub=utusan_malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_01.htm&arc=hive

GSTT kesal ditamat perkhidmatan

2010/10/11

SAYA adalah seorang Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang sudah berkhidmat di Alor Setar, Kedah hampir dua tahun dan akan ditamatkan perkhidmatan berkuat kuasa 16 Oktober ini. Semua GSTT di seluruh Kedah sudah mendapat notis ditamatkan perkhidmatan antara 16 dan 30 Oktober ini.

GSTT bukan saja diberi tanggungjawab mengajar pelbagai subjek, kami juga diberi kepercayaan memegang pelbagai jawatan penting di sekolah seperti guru tingkatan kelas peperiksaan, setiausaha panitia, guru pentaksir, guru penasihat untuk kelab dan persatuan, AJK pelbagai program yang dijalankan di sekolah dan sebagainya.

Kami juga terbabit dengan pelbagai program perkhemahan, program di luar sekolah serta pernah menjadi ketua untuk mengendalikan sukan sekolah ke peringkat daerah. Ada juga GSTT yang sudah berkhidmat sehingga tiga dan lima tahun, namun akhirnya kontrak mereka ditamatkan.

Jadi bagaimanakah nasib kami untuk meneruskan kehidupan?. Kami sudah menghabiskan umur kami dengan menjadi GSTT.

INSAK 2

Jawab A (setuju) atau B (Tidak Setuju).
  1. Saya tidak rela menghadapi risiko gagal.
  2. Saya sering ambil perhatian terhadap perkara yang saya minati.
  3. Saya kurang berminat mencuba perkara yang baru.
  4. Di dalam dunia ini, kita mesti berwaspada tindakan orang yang baru dikenali.
  5. Saya rela memberitahu apa yang saya fikir sebenar kepada pihak yang berkenaan.
  6. Saya berupaya sesuaikan diri dengan orang yang mengamalkan budaya lain.
  7. Saya memang mengambil berat terhadap imej saya.
  8. Sengguhpun saya tidak setuju, saya tidak berpura-pura setuju.
  9. Sifat angkuh dipandang rendah orang lain.
  10. Jika saya merendah diri, orang lain akan menghormati saya.
  11. Falsafah hidup saya ialah mematuhi peraturan dan budaya kerja.
  12. Apa pengalaman pahit, perlunya kadang kala mengingat  kembali.
  13. Biar lambat selesaikan kerja, asalkan sempurna.
  14.  Kepentingan diri harus diketepikan semasa berkhidmat.
  15. Seseorang yang terlalu mementingkan diri, tidak mempunyai kawan jujur.

Nov 9, 2010

INSAK 1

Jawab A (setuju) atau B (Tidak Setuju).

  1. Saya akan berusaha lipat ganda jika prestasi rakan sejawat mendahului saya.
  2. Saya rasa gembira jika ada prestasi orang lebih buruk daipada saya.
  3. Apabila kawan saya berbual-bual sahaja, saya pilih mengundur diri.
  4. Saya tidak suka bersendirian, jadi saya berharap ramai kawan.
  5. Saya tidak mahu orang memahami kehendak dan keperluan saya.
  6. Saya memandang peperiksaan sebagai penilaian yang mencari kelemahan calon sahaja.
  7. Saya sering lupa perkara yang penting pula.
  8. Saya jarangnya menyempurnakan kerja pada saat yang terakhir.
  9. Jika saya dipilih mengikuti Kursus Pergurusan, masa depan saya adalah cerah.
  10. Ibu bapa murid haris dihormati, termasuk yang buta huruf.
  11. Orang yang hanya memperolehi sijil kedoktor sahaja layak menjadi gutu saya.
  12. Tidak boleh berjenaka sedikit pun semasa mengajar murid dalam bilik darjah.
  13. Setiap hari saya sering berharap berkhidmat dengan penuh kegembiraan.
  14. Perkara yang dilarang harus dielakkan.
  15. Memberi perkhidmatan kerana harap dapat balasan yang diidamkan
  16. Jika rakan sejawat saya enggan membantu, saya akan juga tidak menolongnya.
  17. Saya berpendapat patut menetukan matlamat hidup sebelum bekerja.
  18. Jika ada idea yang berkonflik, saya akan tetap menolak idea yang bertentangan.
  19. Apabila saya telah membuat keputusan, saya masih berharap dapat nasihat orang.
  20. Selepas mengambil tindakan, saya  jarang menimbang akibat yang mungkin berlaku.

Panduan MTest

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Alamat: Telefon:Faks: Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia Paras 2 – 6, Blok E13 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62602 Putrajaya 03-8884 126003-8884 124903-8884 124503-8884 124303-8884 123603-8884 1320


A: PENGENALAN

MTeST merupakan singkatan bagi “Malaysian Teacher Selection Test” (Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia). Ujian ini digunakan sebagai saringan awal untuk calon yang memohon mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) di institut Pendidikan Guru(IPG). Calon yang telah menduduki ujian dan mencapai tahap yang ditetapkan sahaja akan dipanggil temu duga.



B: KOMPONEN DAN TEMPOH MENJAWAB MTeST

Terdapat lima komponen dalam MTeST iaitu:

1. Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK)
2. Kuantitatif
3. Bahasa Inggeris
4. Analitikal
5. Verbal (Bahasa Melayu)

Kelima-lima komponen ini dimuatkan dalam lima buah buku seperti berikut:

Buku A: INSAK
Buku B: Kuantitatif
Buku C: Bahasa Inggeris
Buku D: Analitikal
Buku E: Verbal

Tempoh keseluruhan ujian ialah selama 2 jam 30 minit.

Buku Komponen Jumlah Soalan Masa (minit)
A INSAK 135 30
B Kuantitatif 30 30
C Bahasa Inggeris 25 30
D Analitikal 20 30
E Verbal 25 30


Nov 2, 2010

Guna kaedah kreatif jauhkan pelajar daripada dadah

ARKIB : 20/10/2010

KUALA LIPIS 19 Okt. - Golongan pendidik perlu menggunakan pendekatan yang kreatif dalam usaha menjauhkan pelajar daripada terbabit dengan penyalahgunaan dadah.

Ahli Parlimen Lipis, Datuk Dr. Mohamad Shahrom Osman berkata, guru perlu menggunakan pendekatan yang sesuai dengan perkembangan semasa kerana usaha membanteras penyalahgunaan dadah bermula daripada kesedaran di peringkat sekolah.

Beliau berkata, bakal guru sewajarnya melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran kerana usaha mendidik serta menerapkan kesedaran pelajar memerlukan kesungguhan.

''Guru antara insan pertama yang boleh membentuk sahsiah dan pembinaan insan anak-anak terutama dalam menghindarkan diri daripada perlakuan yang tidak sihat.

''Sama ada menerusi subjek bahasa Melayu, Sains dan Matematik atau kegiatan kokurikulum, usaha menyuntik kesedaran terhadap bahaya penyalahgunaan dadah perlu disampaikan kepada pelajar setiap masa," katanya.

Seragam gaji guru KPLI

ARKIB : 04/07/2010

KUALA LUMPUR 3 Julai – Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mencadangkan supaya gaji guru lepasan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) diseragamkan tanpa mengira jurusan yang diambil sebelum mengikuti kursus berkenaan.

Presiden NUTP, Hashim Adnan berkata, gaji permulaan yang berbeza di antara siswazah yang mengambil kursus kritikal dan sastera perlu dilakukan untuk mengurangkan rasa tidak puas hati guru lepasan KPLI yang mendapat gaji lebih rendah.

‘‘Mereka mengajar subjek yang sama di sekolah tetapi gaji dibayar berbeza mengikut jurusan yang diambil sebelum memasuki KPLI.

‘‘Keadaan ini juga akan mengurangkan peluang guru yang memiliki ijazah dalam jurusan sastera untuk naik pangkat kerana gred gaji yang lebih rendah berbanding mereka yang memiliki ijazah dalam bidang profesional,’’ katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang akhbar selepas menghadiri mesyuarat Exco NUTP Peringkat Kebangsaan di sini hari ini.

Menurut Hashim, dalam mesyuarat itu NUTP turut mengeluarkan resolusi menyokong cadangan untuk memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tetapi dengan beberapa syarat.

‘‘Satu mekanisme yang berkesan untuk menilai prestasi pelajar perlu diwujudkan agar pelajar dan guru tidak hilang fokus dalam proses pembelajaran.

‘‘Walau apa bentuk ujian yang akan menggantikan UPSR dan PMR kelak, perlu ada pemantauan yang khusus oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia,’’ katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung NUTP, Lok Yim Pheng berkata, persatuan itu menyokong penuh dasar 1Murid 1Sukan yang akan dilaksanakan tahun depan kerana dapat menanam budaya sukan dalam diri setiap murid dan merapatkan persefahaman di antara pelajar berbilang kaum.

source:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0704&pub=utusan_malaysia&sec=Kota&pg=wk_01.htm&arc=hive