Mar 30, 2010

Dua Elaun Khas Guru Sekolah Pedalaman

Dua Elaun Khas Guru Sekolah Pedalaman
Mar 29th, 2010 | By administrator | Category: Berita Lain

MIRI, 29 Mac.- Kementerian Pelajaran bercadang menambah dua lagi kategori elaun khas bulanan bagi guru yang berkhidmat di kawasan pedalaman, kata Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Dr Amir Salleh @ Mohd Salleh.

Katanya kategori baru itu di bawah ‘Elaun Pedalaman’ akan membabitkan elaun tambahan masing-masing sebanyak RM750 dan RM1,250.

Mar 26, 2010

Longgar syarat tambahan KPLI

Oleh Sazarina Shahrim


sazarina@bharian.com.my


2010/03/26

Kementerian Pelajaran sasar lebih ramai graduan berkelayakan ambil MTest

PUTRAJAYA: Kementerian Pelajaran memberi kelonggaran dalam syarat tambahan yang ditetapkan kepada pemohon Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) bagi membolehkan lebih ramai diberi peluang mengambil Ujian Calon Guru Malaysia (MTest) sesi kedua yang diadakan esok.

Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Dr Zahri Aziz, berkata MTest kedua yang akan diduduki kira-kira 22,000 calon itu memberi peluang kepada pemohon yang mempunyai pengalaman mengajar sebagai guru sandaran tidak terlatih tetapi tidak mempunyai purata nilai gred kumulatif (CGPA) 2.75 ke atas pada peringkat sarjana muda. “Bagi mereka yang mempunyai pengalaman mengajar sebagai guru sandaran tidak terlatih, tidak kira walaupun hanya mempunyai setahun pengalaman dan tidak mencapai CGPA 2.75, kita tetap beri peluang kepada mereka untuk mengambil ujian berkenaan.

Mar 24, 2010

Sekolah di Sarawak perlu berusaha capai taraf SBT

March 22, 2010, Monday

KUCHING: Semua sekolah di Sarawak harus terus ber-usaha menempatkan diri dalam senarai 20 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) pada tahun ini.

Timbalan Menteri Pelancogan Datuk Dr James Dawos Mamit berkata semua sekolah di negeri ini mampu mendapat tempat dalam senarai SBT jika terus berusaha meningkatkan kualiti dalam akademik dan kokurikulum sekolah.

“Pada tahun ini kerajaan telah mengumumkan bahawa ada 20 Sekolah Berprestasi Tinggi dan ia adalah berdasarkan objektif dan bukan daripada prinsip politik.

Mar 22, 2010

e-Panduan MTeST


 A: PENGENALAN

MTeST merupakan singkatan bagi “Malaysian Teacher Selection Test” (Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia). Ujian ini digunakan sebagai saringan awal untuk calon yang memohon mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) di institut/ maktab perguruan Malaysia. Calon yang telah menduduki ujian dan mencapai tahap yang ditetapkan sahaja akan dipanggil temu duga.

B: KOMPONEN DAN TEMPOH MENJAWAB MTeST

Terdapat lima komponen dalam MTeST iaitu:

  1. Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK)
  2. Kuantitatif
  3. Bahasa Inggeris
  4. Analitikal
  5. Verbal (Bahasa Melayu)

PERATURAN MENDUDUKI UJIAN MTeST 2010


TAHNIAH kepada anda kerana berjaya dan dipanggil untuk menduduki ujian MTeST. Sebagai seorang bakal guru, anda mesti mempunyai perwatakan dan penampilan diri yang sesuai dengan profesion keguruan. Di sini digariskan peraturan yang perlu anda turuti sebagai persediaan untuk menduduki ujian tersebut di atas. Kegagalan mematuhi arahan ini boleh menyebabkan anda dilarang daripada menduduki ujian. Sila ambil perhatian dan tindakan kepada perkara-perkara berikut :

1.       Sila bawa perkara-perkara berikut ke pusat ujian :
a.       Kad Pengenalan Diri/ MyKad
b.       Tiket Panggilan Ujian yang dicetak melalui internet.
c.       Pensel 2B dan pemadam

2nd MTest

Semakan Panggilan Kedua MTeST bagi Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI-SR) Ambilan Jun 2010

Salam Sejahtera,
Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Aplikasi Semakan Keputusan Panggilan Kedua MTeST Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) Ambilan Jun 2010 boleh dibuat mulai pada 22 Mac 2010 melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia (http://www.moe.gov.my) .

Calon berjaya akan menduduki ujian MTeST pada 27 Mac 2010 (Sabtu).

Hebahan melalui mySMS akan dimaklumkan kepada calon yang berjaya.

Sekian, terima kasih.

Mar 4, 2010

Mudah naik pangkat

Oleh Syuhada Choo Abdullah
choo@bharian.com.my


TIMBALAN Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan ucapan pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Pelajaran di Putrajaya, semalam. Turut kelihatan timbalannya Dr. Mohd Puad Zarkashi (duduk dua dari kanan) serta Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom (duduk kanan). - Foto Izhari Ariffin
Guru berkhidmat di luar bandar diberi kelebihan

KUALA LUMPUR: Pengalaman berkhidmat di sekolah luar bandar dan pedalaman akan diambil kira dalam pertimbangan untuk kenaikan pangkat dan pemberian insentif lain, termasuk tawaran biasiswa untuk melanjutkan pengajian pada peringkat lebih tinggi.

Wajib bertugas di pedalaman?





Muhyiddin Yassin bertemu kakitangan Kementerian Pelajaran selepas menyampaikan amanat kepada kakitangan kementerian itu pada majlis perhimpunan bulanan di Kuala Lumpur, semalam. – Bernama




KUALA LUMPUR 2 Mac – Kerajaan akan menimbangkan untuk mewajibkan semua guru bertugas di kawasan pedalaman antara tiga dengan lima tahun daripada tempoh perkhidmatan mereka.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kumpulan sasaran untuk menyahut cabaran itu ialah guru-guru yang masih belum berkeluarga.
Katanya, langkah itu akan menjadi satu bentuk dorongan dan cabaran baru kepada warga pendidik untuk bertugas di kawasan pedalaman di atas dasar khidmat sosial kepada negara.
Beliau berkata, cadangan itu bertujuan mengatasi masalah penempatan guru di kawasan pedalaman yang menjadi salah satu cabaran besar yang dihadapi Kementerian Pelajaran pada masa ini.
“Dalam tempoh 30 tahun guru berkhidmat, mungkin boleh antara tiga ke lima tahun dari tempoh itu mereka memberi perkhidmatan di kawasan pedalaman.