March 22, 2010, Monday
KUCHING: Semua sekolah di Sarawak harus terus ber-usaha menempatkan diri dalam senarai 20 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) pada tahun ini.
Timbalan Menteri Pelancogan Datuk Dr James Dawos Mamit berkata semua sekolah di negeri ini mampu mendapat tempat dalam senarai SBT jika terus berusaha meningkatkan kualiti dalam akademik dan kokurikulum sekolah.
“Pada tahun ini kerajaan telah mengumumkan bahawa ada 20 Sekolah Berprestasi Tinggi dan ia adalah berdasarkan objektif dan bukan daripada prinsip politik.
“Di Sabah dan Sarawak ti-dak terdapat satu pun sekolah yang tersenarai kerana objektif yang ditetapkan belum dapat dicapai oleh sekolah di Sabah dan Sarawak,” katanya berucap sempena merasmikan Mesyuarat Agung Ke-3 Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Siburan semalam.
Justeru kerajaan menempatkan beberapa orang guru gred profesional di setiap sekolah rendah agar dapat membentuk murid untuk lebih bijak dan pandai di samping untuk mengubah suasana sesi pengajaran dan pembelajaran sedia ada.
Sementara itu, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Siburan Willie Chiak Mong berkata sasaran beliau adalah untuk menaikkan kedudukan SK Siburan ke kedudukan yang lebih baik menjelang 2015 ini.
“Sekarang sekolah ini adalah di tangga ke-6,672 dalam senarai sekolah rendah paling berjaya dan dalam tempoh lima tahun dari sekarang saya mensasarkan sekurang-kurangnya sekolah ini berada di tangga ke-1,000 dalam senarai tersebut.
“Dan apa yang perlu dilakukan sekarang adalah untuk melahirkan lebih ramai pelajar yang memiliki pengetahuan dan kemahiran yang tinggi selain meningkatkan kualiti prasarana di sekolah ini,” katanya.
Willie juga memberitahu sekolah tersebut masih lagi dalam proses mengubah suai dan membina bangunan baru untuk memberikan suasana yang lebih selesa kepada pelajar untuk belajar.
“Kerja-kerja pembinaan ini dijangka akan siap sepenuhnya pada 29 Mac tahun depan,”katanya.
Dalam majlis perasmian tersebut, Dawos telah menyampaikan sumbangan bernilai RM30,000 kepada PIBG SK Siburan untuk menambah baik prasarana prasekolah di sekolah tersebut.
source: http://www.theborneopost.com/?p=18560
Mar 24, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment