Oct 3, 2011

3,000 guru khidmat masyarakat terima tunggakan elaun esok: YIT

2011/10/02

KUALA TERENGGANU: Hampir 3,000 guru khidmat masyarakat akan menerima tunggakan elaun daripada Yayasan Islam Terengganu (YIT) esok membabitkan peruntukan berjumlah RM4.7 juta.

Pengarah YIT, Md Kamaru Al-Amin Ismail, berkata tunggakan itu bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun ini.
"Tunggakan itu berikutan kenaikan elaun daripada RM150 sebulan kepada RM300," katanya kepada pemberita selepas majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang YIT, di sini hari ini.
Mengulas perkembangan lain, Md Kamaru Al-Amin berkata YIT akan membuka tiga lagi tadika tahun depan menjadikan jumlah keseluruhan 21.

Tadika terbabit akan dibuka di Kampung Seberang Takir di sini, di Bandar Al-Muktafi Billah Shah, Dungun dan Kampung Mak Nik Kijal, Kemaman.

Setiap bangunan Tadika itu bernilai RM3.5 juta dan mampu menempatkan sehingga 700 orang murid pada satu-satu masa, katanya. - BERNAMA

No comments: