Sejak kebelakangan ini,
kadar kemalangan jalan raya semakin meningkat. Banyak nyawa terkorban dalam
tragedi tersebut. Oleh itu, kita haruslah mengambil langkah-langkah untuk
mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.
Antara langkah-langkah
untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya adalah dengan memberi didikan
tentang pengetahuan dan kepentingan mematuhi peraturan jalan raya kepada
murid-murid sejak kecil lagi. Contohnya melalui mata pelajaran PKJR,
murid-murid diajar tentang maksud simbol-simbol pada papan keselamatan jalan
raya dan langkah-langkah keselamatan yang harus diambil ketika berada di jalan
raya. Ini dapat meningkatkan kesedaran murid-murid tentang kepentingan menjaga
keselamatan jalan raya.
Seterusnya,
kita haruslah memupuk amalan mematuhi peraturan jalan raya dalam kalangan
murid-murid. Misalnya ketika berbasikal, murid-murid hendaklah mengayuh basikal
dalam satu barisan dan tidak bersaing. Ini dapat mengelakkan diri mereka daripada
dilanggar oleh kenderaan.
Selain itu, kita hendaklah menjadi pengguna jalan raya
yang berhemah dan bertolak ansur. Contohnya para pemandu hendaklah sentiasa
berwaspada dan perlahankan kenderaannya ketika melalui kawasan sekolah
terutamanya pada waktu sibuk. Pada waktu inilah, kanak-kanak sekolah biasanya
akan bersikap cuai dan tergesa-gesa untuk melintas jalan raya. Apabila pemandu
perlahankan kenderaannya, maka kanak-kanak sekolah dapat melintas dengan
selamat.
Sesungguhnya, setiap pengguna jalan raya hendaklah
mengamalkan langkah-langkah keselamatan jalan raya untuk mengelakkan kemalangan
daripada berlaku kerana malang tidak berbau. Besarlah harapan kita untuk
berganding bahu agar dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.
No comments:
Post a Comment