May 24, 2010

Tip Kerjaya: Guru kerjaya mulia

Oleh Mohd Yahya Mohamed Ariffin
mohdyma@um.edu.my

HARI guru disambut meriah pada Ahad lepas. Penulis ingin mengucapkan selamat hari guru dan sekalung terima kasih kepada semua warga guru, khususnya mereka yang pernah mendidik saya sama ada di sekolah mahupun universiti.

Tanpa guru yang mencurahkan ilmu pengetahuan dan mendidik anak-anak murid hingga berjaya ke peringkat pengajian tinggi, mereka tidak mungkin menjadi manusia berguna kepada agama, bangsa dan negara. Ini bertepatan dengan tema sambutan tahun ini, Guru Pembina Negara Bangsa-Terima Kasih Cikgu.

Maka tidak hairanlah begitu banyak institusi perguruan didirikan malah kini wujud sebuah universiti perguruan iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim, Perak.




Peluang kerjaya

Kerjaya sebagai guru membuka peluang yang begitu luas kerana semakin meningkat jumlah penduduk, maka semakin banyak guru diperlukan di bandar raya, bandar mahupun luar bandar. Pendek kata di mana ada sekolah, maka di situ pastinya ada guru.

Guru akan ditawarkan gaji dan elaun berdasarkan kelulusan sama ada diploma atau ijazah. Calon yang memiliki ijazah sarjana muda serta diploma pendidikan misalnya, akan ditawarkan gaji dan elaun melebihi RM 2,800 sebulan. Jika berkhidmat di pedalaman setiap guru akan menerima elaun tambahan sebanyak RM1,500 sebulan.
Tempat melanjutkan pengajian

Pelajar boleh melanjutkan pengajian sama ada di institusi pendidikan guru KPM atau universiti tempatan dan luar negara. Universiti tempatan itu ialah Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysia.

Selain itu, Universiti Utara Malaysia, Universiti Malaysia Sabah, Universiti Teknologi Mara, UPSI, Universiti Terbuka Malaysia serta IPG.
Pelajar juga boleh melanjutkan pengajian di universiti United Kingdom, Australia dan New Zealand sama ada melalui penajaan Kementerian Pelajaran atau pembiayaan sendiri.

Beberapa pengkhususan yang penting dalam subjek perguruan iaitu sains (fizik, kimia, biologi), matematik dan bahasa Inggeris iaitu Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) dilihat masih kurang terutama dalam kalangan pelajar Bumiputera.

Peluang kerjaya

Lulusan profesion ini dari institut perguruan dan universiti tidak perlu bimbang kerana pasti dilamar oleh KP selepas menamatkan pengajian. Namun, ada guru yang ditawarkan untuk berkhidmat di sekolah-sekolah swasta.

Kerjaya sebagai guru membuka peluang yang begitu luas kerana semakin meningkat jumlah penduduk, maka semakin banyak guru diperlukan di bandar raya, bandar mahupun luar bandar. Pendek kata di mana ada sekolah, maka di situ pastinya ada guru.

Seperti profesion lain, seorang guru dalam tugasan seharian harus berpegang kepada etika dan tatasusila profesion perguruan supaya tidak lari daripada matlamat murninya. Mereka juga harus minat terhadap profesionnya serta mata pelajaran yang di ajar.

Guru akan ditawarkan gaji dan elaun berdasarkan kelulusan sama ada diploma atau ijazah. Calon yang memiliki ijazah sarjana muda serta diploma pendidikan misalnya, akan ditawarkan gaji dan elaun melebihi RM 2,800 sebulan. Jika berkhidmat di pedalaman setiap guru akan menerima elaun tambahan sebanyak RM1,500 sebulan. Selain itu, guru yang menunjukkan prestasi yang cemerlang akan mudah dinaikkan pangkat.

Ciri peribadi
1. Meminati profesion ini
2. Mempunyai pengetahuan dan kemahiran di bidang yang diajar
3. Sanggup mendidik dan menunjuk ajar pelajar
4. Bersifat sabar dalam mendidik pelajar
5. Berkeperibadian mulia
6. Boleh berkomunikasi dengan baik
7. Mampu menghadapi cabaran dunia pendidikan
8. Sanggup bekerja tanpa mengira tempat sama ada di bandar atau luar bandar

Syarat menceburi

Untuk menjadi seorang guru, individu harus menamatkan pengajian dan memiliki sama ada diploma pendidikan atau ijazah perguruan dalam mana-mana disiplin pengajaran di sekolah.

Tempat melanjutkan pengajian

Pelajar boleh melanjutkan pengajian sama ada di institusi pendidikan guru KP atau universiti tempatan dan luar negara. Universiti tempatan itu ialah Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysia.

Selain itu, Universiti Utara Malaysia, Universiti Malaysia Sabah, Universiti Teknologi Mara, UPSI, Universiti Terbuka Malaysia serta Institusi Pendidikan Guru KPM.

Pelajar juga boleh melanjutkan pengajian di universiti United Kingdom, Australia dan New Zealand sama ada melalui penajaan KPM atau pembiayaan sendiri.

Syarat kemasukan

Lazimnya, calon-calon lepasan SPM diambil untuk mengikuti pengajian sarjana muda pendidikan di institusi perguruan. Namun, pelajar universiti juga berpeluang untuk bekerjaya sebagai guru selepas menamatkan pengajian kelak. Terdapat dua cara iaitu:

1. Pelajar program matrikulasi atau asasi sains UM atau setaraf dengannya boleh mengikuti kursus perguruan. Selepas menamatkan pengajian di peringkat ini, pelajar boleh memohon ke peringkat ijazah sarjana muda pendidikan mengikut pengkhususan yang diminati di mana-mana universiti awam seperti sains, matematik, bahasa dan TESL. Selepas menamatkan pengajian, pelajar boleh memohon sebagai guru.

2. Pelajar yang sedang mengikuti pengajian peringkat ijazah sarjana muda dalam sebarang bidang termasuk undang-undang dan kejuruteraan dalam atau luar negara yang berminat menjadi guru tetapi tidak mempunyai asas dalam kaedah mengajar, boleh menyertai kerjaya ini.

Syaratnya, pelajar perlu memohon untuk mengikuti kursus perguruan lepasan ijazah (KPLI) di institusi pendidikan guru selama setahun. Selama tempoh itu pelajar akan dibayar elaun bulanan.

Selepas menamatkan pengajian pelajar akan mengikat kontrak dengan kerajaan selama beberapa tahun dan akan ditempatkan di sekolah-sekolah.

Oleh kerana setiap tahun pelajar lelaki yang memohon kurang berbanding perempuan, maka mereka mempunyai peluang yang tinggi menyertai profesion ini.

Penulis ialah Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Media, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya

source:http://www.bharian.com.my/bharian/articles/TipKerjaya_Gurukerjayamulia/Article/

No comments: