Aug 29, 2011

3,318 guru TABIKA ditamat kontrak

Oleh Mohammad Ishak 

2010/12/18

Status diganti kepada Skim Pegawai Singkat

KUALA TERENGGANU: Seramai 3,318 guru dan pembantu guru kelas Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA), Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), kini dalam dilema apabila status perkhidmatan mereka secara kontrak akan ditamatkan akhir bulan ini.

Penamatan kontrak itu mengejutkan guru terbabit yang kini bertugas di 1,659 kelas TABIKA Perpaduan seluruh Semenanjung, sekali gus menyebabkan mereka mungkin hilang pekerjaan menjelang sambutan tahun baru 2011.

source:http://www.bharian.com.my/bharian/articles/3_318guruTABIKAditamatkontrak/Article/

No comments: