Mar 16, 2011

Guru perlu lengkap kemahiran ikut arus pembangunan

16/03/2011 1:28pm

PUTRAJAYA 16 Mac – Golongan pendidik di negara ini perlu peka bahawa kemahiran mendidik sentiasa berubah dan berusaha meningkatkan serta menyesuaikan diri dengan perubahan semasa dan persekitaran, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri berkata, jika usaha tidak dibuat untuk bergerak seiring dengan perkembangan ilmu, tenaga pendidik akan ketinggalan dalam banyak hal terutamanya dalam aspek pembangunan manusia dan melahirkan generasi berwibawa.
Berucap pada istiadat Konvokesyen Berpusat Ijazah Sarjana Muda Perguruan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran meminta golongan pendidik menguasai ilmu dengan mengamalkan konsep pembelajaran sepanjang hayat bagi melahirkan generasi berilmu, membudayakan inovasi dan kreativiti di kalangan pelajar.
"Jika dahulu, guru mengajar tulis baca, mengatasi masalah buta huruf sebagai tugas hakiki, kini cabaran yang digalas oleh guru jauh lebih berat.
"Realitinya, masyarakat kini memerlukan guru berkualiti tinggi daripada sudut keilmuan dan sahsiah, berintegriti, beriltizam dan mempunyai kesedaran untuk membentuk insan yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek,” kata beliau. – Bernama

source:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0316&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_08.htm

Dec 2, 2010

Wajar terap pendidikan seks menerusi KSSR

2010/12/02
KEPINCANGAN sosial dalam masyarakat hari ini semakin serius. Sedar atau tidak, sebahagian besar golongan terbabit dalam pelbagai gejala sosial ialah remaja dan belia.

Gejala pembuangan bayi, seks bebas, rogol, cabul dan lari dari rumah adalah antara masalah sosial yang semakin menjadi lumrah untuk ditatap dalam akhbar. Sesuatu yang menyedihkan ialah pembabitan golongan remaja dalam gejala seumpama ini adalah sangat tinggi.

Seperti dilaporkan sebuah akhbar tempatan baru-baru ini, remaja seawal usia 13 tahun juga boleh terjerumus dalam kegiatan seks bebas. Lebih menyedihkan apabila hubungan terlarang bersama rakan sekelasnya itu menyebabkan remaja perempuan terbabit hamil.

Perkara seumpama ini boleh berlaku pada diri seorang remaja kerana kurangnya pengetahuan mengenai pendidikan seksual. Ibu bapa pula sering menganggap seks sebagai suatu isu yang ‘taboo’ untuk dibicarakan bersama anak.

Justeru, perasaan ingin tahu yang tinggi serta dorongan pelbagai anasir negatif dari media cetak dan elektronik mengakibatkan remaja bawah umur terjebak dalam gejala seksual dengan mudah.

Oleh itu, penerapan pendidikan seks menerusi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang akan diperkenalkan kepada murid Tahun Satu sesi persekolahan 2011 adalah wajar.

Menerusi pendidikan seks ini sebanyak enam tunjang disenaraikan sebagai teras pengisian kurikulum yang mencakupi perkembangan manusia, perhubungan, perkahwinan dan kekeluargaan, kemahiran kendiri, kesihatan dan tingkah laku seksual serta masyarakat dan budaya. Kesemua enam aspek ini akan dilaksanakan secara berperingkat bermula Tahun Satu hingga Enam.

Diharapkan pengetahuan yang sewajarnya dapat disalurkan dengan penuh berhemah dan berhikmah agar objektif pengenalan pendidikan ini dapat dicapai seterusnya melahirkan murid yang dapat membezakan antara baik dan buruk menerusi pendidikan seks yang diajar.

ENGKU MUZAHADIN,
Universiti Putra Malaysia.

source:http://www.bharian.com.my/bharian/articles/WajarterappendidikanseksmenerusiKSSR/Article/index_html

Pendidikan seks: Majlis yakin ibu bapa bersedia

2010/12/01
KUALA LUMPUR: Majlis Pemuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional yakin ibu bapa sudah bersedia dan terbuka menerima pengenalan elemen pendidikan seks dalam subjek Pendidikan Kesihatan, tahun depan.

Presidennya, Prof Madya Datuk Mohd Ali Hassan, berkata pada masa sama ibu bapa mengharapkan segala keperluan pembelajaran termasuk bahan mengajar serta guru terlatih mengendalikannya.

“Saya yakin ibu bapa sedar kepentingan pendidikan seks, namun tidak dinafikan ada yang sensitif dengan perkataan pendidikan itu sendiri. Apapun, jika kurikulum disediakan cukup kuat dan disokong bahan pengajaran dan guru terlatih, pelaksanaannya pasti mendapat sokongan masyarakat,” katanya.

Kelmarin, Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran, Datu Dr Julaidi Bujang, berkata kira-kira 500,000 murid Tahun Satu sesi persekolahan 2011 bakal menjadi kumpulan pertama diajar pendidikan seks yang diperkenalkan menerusi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), Januari depan.

Ahli Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan, Prof Datuk Dr Ibrahim Ahmad Barjunid, pula menyifatkan pengenalan pembelajaran itu sebagai petanda amalan sistem pendidikan dinamik yang berjaya dilaksanakan dalam memastikan kurikulum pendidikan yang lebih menyeluruh.

source:http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pendidikanseks_Majlisyakinibubapabersedia/Article/

500,000 murid Tahun Satu sesi 2011 diajar pendidikan seks

Oleh Khairina Yasin
kayrina@bharian.com.my
2010/11/30
Datu Dr Julaihi Bujang

PUTRAJAYA: Kira-kira 500,000 murid Tahun Satu sesi persekolahan 2011 bakal menjadi kumpulan pertama diajar pendidikan seks yang diperkenalkan menerusi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), mulai Januari depan.

Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran, Datu Dr Julaihi Bujang, berkata pendedahan pendidikan seks itu akan diajar menerusi subjek Pendidikan Kesihatan, di bawah Modul Teras Asas bagi Tahap Satu membabitkan murid Tahun Satu hingga Tiga.
“Pengetahuan mengenai pendidikan seks itu mewakili 75 peratus daripada keseluruhan pengisian kurikulum baru subjek berkenaan,” katanya.
Julaihi berkata, enam tunjang menjadi teras pengisian pendidikan seks yang akan dilaksanakan secara berperingkat bermula Tahun Satu hingga Enam mencakupi perkembangan manusia, perhubungan, perkahwinan dan kekeluargaan, kemahiran kendiri, kesihatan dan tingkah laku seksual serta masyarakat dan budaya.

“Perkembangan manusia mendedahkan murid mengenai pengetahuan sistem reproduktif manusia, manakala perhubungan pula menjurus mengenai kasih sayang dan persahabatan. Murid turut didedahkan mengenai perkahwinan dan kekeluargaan yang merangkumi tanggungjawab sepanjang hayat sebagai ibu bapa, manakala kebolehan dalam membuat keputusan menjadi pengisian kepada tunjang kemahiran kendiri.

“Turut diberi penekanan adalah kesihatan dan tingkah laku seksual yang membicarakan amalan seks sepanjang kehidupan, kaedah mengelakkan hubungan seksual, fantasi, kehamilan, penyakit seksual berjangkit, HIV dan Aids, manakala masyarakat dan budaya pula menyentuh mengenai isu seks dan masyarakat dan perundangan,” katanya kepada Berita Harian di pejabatnya di sini.

Julaihi berkata, keputusan menjadikan pendidikan seks sebagai pengisian utama subjek Pendidikan Kesihatan diambil selepas mengambil kira maklum balas dan pandangan pelbagai pihak termasuk Persatuan Aids Malaysia menerusi perbincangan meja bulat yang diadakan bagi memastikan kurikulum yang dibentuk memenuhi keperluan semasa pendidikan negara.
Beliau berkata, guru yang terbabit dengan pengajaran subjek berkenaan sudah diberi kursus, manakala bahan pengajaran turut disediakan bagi memudahkan murid mengikutinya, tahun depan.

“Kita amat berharap ibu bapa tidak bimbang dengan perkembangan terbaru ini, malah kita sendiri akui apa saja perkara baru membabitkan dasar atau kurikulum pasti ada yang sukar menerima dan memahaminya.

“Apapun, kita yakin jika pelaksanaannya (pendidikan seks) dapat dijalankan dengan baik dan lancar, masyarakat khususnya ibu bapa pasti memberi sokongan dan kerjasama terhadap pembaharuan ini,” katanya.

Julaihi menjelaskan, selain Pendidikan Kesihatan, subjek lain di bawah Modul Teras Asas murid Tahap Satu termasuk subjek Pendidikan Jasmani, Bahasa Malaysia (BM), Bahasa Inggeris (BI), Bahasa Cina (BC), Bahasa Tamil (BT), Matematik serta Pendidikan Islam/Moral.

Di bawah Modul Teras Tema pula, katanya, dua subjek baru turut diperkenalkan kepada murid Tahun Satu iaitu Dunia Kesenian serta Dunia Sains dan Teknologi, masing-masing mendedahkan kemahiran berkaitan seni visual dan muzik serta Teknologi Komunikasi dan Maklumat.

Katanya, murid Sekolah Kebangsaan juga diberi peluang memilih subjek tambahan di bawah Modul Elektif yang menyediakan subjek Bahasa Arab, BC Sekolah Kebangsaan, BT Sekolah Kebangsaan, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun.

“Bagi kurikulum Tahap Dua pula membabitkan murid Tahun Empat, Lima dan Enam, kurikulum diorganisasikan dalam bentuk subjek teras dan elektif dan dilaksanakan mulai 2014.

“Antara subjek baru yang bakal diperkenalkan adalah Reka Bentuk dan Teknologi Maklumat/ICT dan Sejarah, manakala subjek sedia ada seperti BM, BI, BC, BT, Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Jasmani, Matematik, Sains dan Pendidikan Islam/Moral,” katanya.

“Pelaksanaan KSSR adalah usaha kita untuk mentransformasikan pendidikan sekolah dengan menyatupadukan pelbagai disiplin ilmu bagi menjadikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) lebih menarik, menyeronokkan dan bermakna.

“Enam tunjang menjadi teras pelaksanaan KSSR mencakupi komunikasi, perkembangan fizikal dan estetika, kemanusiaan, keterampilan diri, sains dan teknologi serta kerohanian, sikap dan nilai,” katanya.

Mengenai penyediaan guru, beliau menjelaskan, Kementerian Pelajaran sudah melatih lebih 2,000 Jurulatih Utama (JU) setiap mata pelajaran di peringkat kebangsaan yang bertanggungjawab melatih guru di negeri masing-masing.

“JU bertanggungjawab mendedahkan pendekatan P&P yang terbaik dan sesuai diterjemahkan guru di dalam kelas seperti dihasratkan dalam KSSR,” katanya.

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.


source:http://www.bharian.com.my/bharian/articles/500_000muridTahunSatusesi2011diajarpendidikanseks/Article/

Kecewa calon cemerlang, tajaan kementerian gagal temu duga

2010/12/02

SAYA graduan pendidikan lepasan Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial Universiti Malaysia Sabah (UMS). Apa yang saya ingin kongsi di sini mengenai pengalaman saya dan rakan mengikuti temu duga Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang dikendalikan Kementerian Pelajaran.

Pada 2 dan 5 Ogos lalu, seramai 400 graduan pendidikan dari UMS mengikuti sesi temu duga di Politeknik Kota Kinabalu dan beberapa pusat temu duga lain di seluruh negara.

Namun, kami kecewa disuruh pulang kerana tarikh senat pada keputusan peperiksaan kami tidak menepati tarikh yang Kementerian Pelajaran kehendaki. Kami akur, pulang dan berusaha berhubung dengan kementerian untuk mengadakan sesi temu duga khas.

Permohonan kami diluluskan dan sesi temu duga kedua diadakan pada 17 dan 19 Ogos lalu di UMS. Bayangkan pelajar dari seluruh negara, terpaksa menghabiskan wang untuk menghadiri temu duga yang hanya dijalankan di satu pusat temu duga.

Tetapi dengan kesungguhan dan komited kami untuk menjadi seorang guru, kami gagahi juga. Terima kasih kepada kementerian berkenaan hal ini.

Namun, sekali lagi kami kecewa apabila keputusan temu duga ramai gagal. Hampir separuh gagal dan apa yang lebih menghairankan kebanyakan calon yang gagal adalah mereka yang mempunyai mata Purata Gred Kumulatif (CGPA) tiga dan ke atas, aktif dalam aktiviti program kampus dan lain-lain.

Ada juga bekas ahli majlis perwakilan pelajar (MPP), namun saya amat hairan atas alasan apa kami semua boleh gagal. Adakah dengan sesi temu duga yang dijalankan hanya dalam masa kurang dari 10 minit menjadi ukuran keseluruhan untuk seorang calon berjaya?
Adakah wajar begitu? Ada juga di kalangan kami adalah pelajar tajaan kementerian namun masih boleh gagal. Saya amat hairan dan rasa terpanggil untuk mendapatkan jawapan. Adakah calon yang diambil ini berdasarkan yang menghafal teori semata-mata?

Kalau mengikut sistem meritokrasi sekali pun, bagaimana mereka yang mempunyai CGPA tiga dan ke atas serta aktif dalam aktiviti kampus boleh gagal. Kami sudah banyak kali berhubung dengan pihak berkenaan mengenai perkara ini, namun maklum balas yang diberikan amat mengecewakan.

Kami kecewa kerana kami komited dan bersedia untuk berbakti kepada negara.
Saya berharap pihak yang berkenaan dapat melihat semula keadaan ini serta mengelakkan perkara sama berulang.

GRADUAN KECEWA,
Kota Kinabalu, Sabah.

source:http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kecewacaloncemerlang_tajaankementeriangagaltemuduga/Article/

Nov 11, 2010

INSAK 3

Jawab A (setuju) atau B (Tidak Setuju).

  1. Saya rasa kecewa kerana ramai kawan tidak percaya kata saya.
  2. Jika ada orang menegur, saya tidak akan menegur balik.
  3. Saya benci murid yang kurang ada semangat berdikari.
  4. Adalah sukar saya mengawal emosi apabila saya menghadapi masalah berkerja.
  5. Saya tidak suka berkawan dengan orang yang berjeneka sahaja.
  6. Walau apa kurang pasti kejayaan, kita harus optimistik.
  7. Saya kurang gembira apabila diarah buat kerja yang saya rasa bosan.
  8. Saya biasanya buat persediaan pada saat-saat terakhir supaya tidak mudah lupanya dalam masa peperiksaan.
  9. Jika saya gagal, saya akan putus asa.
  10. Guru yang dihormati adalah gutu yang sering menghukum murid.
  11. Saya tidak suka orang yang memberi teguran.
  12. Saya sentiasa berbuka hati menerima teguran yang ikhlas.
  13. Jika kawan saya buat kesilapan, saya akan memberitahunya dalam situasi yang sesuai.
  14. Saya akan rasa syukur apabila tiada rakan sejawat berprestasi lebih baik daripada saya.
  15. Inilah hakikat benar bahawa setiap manusia mementingkan diri sendiri.

Serap GSTT ke jawatan tetap

ARKIB : 13/10/2010

KUALA LUMPUR 12 Okt. - Kementerian Pelajaran bakal memperkenalkan mekanisme bagi membolehkan lebih ramai guru sandaran tidak terlatih (GSTT) diserap ke jawatan tetap pada masa hadapan.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, kajian khusus mengenainya sedang dijalankan dan ia dijangka dapat disiapkan dalam masa terdekat.

Beliau berkata, kementerian sedar ketika ini terdapat ramai GSTT yang berkebolehan serta berkemampuan namun gagal menempatkan diri ke jawatan tetap kerana tempat yang disediakan adalah terhad.

"Bagi membolehkan mereka diserap ke jawatan tetap, kementerian menggalakkan GSTT memohon mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI). Namun kami sedar, bukan semua 12,546 GSTT akan diterima kerana tempat yang terhad.

"Justeru, satu kajian khusus sedang dijalankan dan kita akan mengetahui hasilnya dalam masa terdekat. Kementerian prihatin dengan nasib guru berkenaan kerana ada antara mereka yang telah berkhidmat lebih daripada lima tahun," katanya.

Beliau menjawab soalan Datuk Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) yang meminta kementerian menyatakan sama ada wujud dasar menyerap semua GSTT ke jawatan tetap setelah mengikuti Kursus Dalam Cuti (KDC).

Sementara itu, Mohd. Puad menjelaskan, kementeriannya masih meneruskan program KDC dan Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM) bagi menyerap GSTT ke jawatan tetap.
"Seramai 1,400 guru GSTT akan menyertai kedua-dua program tersebut 22 November depan bagi melayakkan mereka diserap ke jawatan tetap.

"Bagi yang tidak terpilih KPLI, KDC dan KDPM, Kementerian Pelajaran prihatin dengan nasib mereka. Menyedari minat serta kelayakan yang ada pada GSTT, sebab itulah kementerian menjalankan kajian tersebut," ujarnya.

source:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1013&pub=utusan_malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_01.htm&arc=hive

GSTT kesal ditamat perkhidmatan

2010/10/11

SAYA adalah seorang Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang sudah berkhidmat di Alor Setar, Kedah hampir dua tahun dan akan ditamatkan perkhidmatan berkuat kuasa 16 Oktober ini. Semua GSTT di seluruh Kedah sudah mendapat notis ditamatkan perkhidmatan antara 16 dan 30 Oktober ini.

GSTT bukan saja diberi tanggungjawab mengajar pelbagai subjek, kami juga diberi kepercayaan memegang pelbagai jawatan penting di sekolah seperti guru tingkatan kelas peperiksaan, setiausaha panitia, guru pentaksir, guru penasihat untuk kelab dan persatuan, AJK pelbagai program yang dijalankan di sekolah dan sebagainya.

Kami juga terbabit dengan pelbagai program perkhemahan, program di luar sekolah serta pernah menjadi ketua untuk mengendalikan sukan sekolah ke peringkat daerah. Ada juga GSTT yang sudah berkhidmat sehingga tiga dan lima tahun, namun akhirnya kontrak mereka ditamatkan.

Jadi bagaimanakah nasib kami untuk meneruskan kehidupan?. Kami sudah menghabiskan umur kami dengan menjadi GSTT.

INSAK 2

Jawab A (setuju) atau B (Tidak Setuju).
  1. Saya tidak rela menghadapi risiko gagal.
  2. Saya sering ambil perhatian terhadap perkara yang saya minati.
  3. Saya kurang berminat mencuba perkara yang baru.
  4. Di dalam dunia ini, kita mesti berwaspada tindakan orang yang baru dikenali.
  5. Saya rela memberitahu apa yang saya fikir sebenar kepada pihak yang berkenaan.
  6. Saya berupaya sesuaikan diri dengan orang yang mengamalkan budaya lain.
  7. Saya memang mengambil berat terhadap imej saya.
  8. Sengguhpun saya tidak setuju, saya tidak berpura-pura setuju.
  9. Sifat angkuh dipandang rendah orang lain.
  10. Jika saya merendah diri, orang lain akan menghormati saya.
  11. Falsafah hidup saya ialah mematuhi peraturan dan budaya kerja.
  12. Apa pengalaman pahit, perlunya kadang kala mengingat  kembali.
  13. Biar lambat selesaikan kerja, asalkan sempurna.
  14.  Kepentingan diri harus diketepikan semasa berkhidmat.
  15. Seseorang yang terlalu mementingkan diri, tidak mempunyai kawan jujur.

Nov 9, 2010

INSAK 1

Jawab A (setuju) atau B (Tidak Setuju).

  1. Saya akan berusaha lipat ganda jika prestasi rakan sejawat mendahului saya.
  2. Saya rasa gembira jika ada prestasi orang lebih buruk daipada saya.
  3. Apabila kawan saya berbual-bual sahaja, saya pilih mengundur diri.
  4. Saya tidak suka bersendirian, jadi saya berharap ramai kawan.
  5. Saya tidak mahu orang memahami kehendak dan keperluan saya.
  6. Saya memandang peperiksaan sebagai penilaian yang mencari kelemahan calon sahaja.
  7. Saya sering lupa perkara yang penting pula.
  8. Saya jarangnya menyempurnakan kerja pada saat yang terakhir.
  9. Jika saya dipilih mengikuti Kursus Pergurusan, masa depan saya adalah cerah.
  10. Ibu bapa murid haris dihormati, termasuk yang buta huruf.
  11. Orang yang hanya memperolehi sijil kedoktor sahaja layak menjadi gutu saya.
  12. Tidak boleh berjenaka sedikit pun semasa mengajar murid dalam bilik darjah.
  13. Setiap hari saya sering berharap berkhidmat dengan penuh kegembiraan.
  14. Perkara yang dilarang harus dielakkan.
  15. Memberi perkhidmatan kerana harap dapat balasan yang diidamkan
  16. Jika rakan sejawat saya enggan membantu, saya akan juga tidak menolongnya.
  17. Saya berpendapat patut menetukan matlamat hidup sebelum bekerja.
  18. Jika ada idea yang berkonflik, saya akan tetap menolak idea yang bertentangan.
  19. Apabila saya telah membuat keputusan, saya masih berharap dapat nasihat orang.
  20. Selepas mengambil tindakan, saya  jarang menimbang akibat yang mungkin berlaku.

Panduan MTest

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Alamat: Telefon:Faks: Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia Paras 2 – 6, Blok E13 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62602 Putrajaya 03-8884 126003-8884 124903-8884 124503-8884 124303-8884 123603-8884 1320


A: PENGENALAN

MTeST merupakan singkatan bagi “Malaysian Teacher Selection Test” (Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia). Ujian ini digunakan sebagai saringan awal untuk calon yang memohon mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) di institut Pendidikan Guru(IPG). Calon yang telah menduduki ujian dan mencapai tahap yang ditetapkan sahaja akan dipanggil temu duga.



B: KOMPONEN DAN TEMPOH MENJAWAB MTeST

Terdapat lima komponen dalam MTeST iaitu:

1. Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK)
2. Kuantitatif
3. Bahasa Inggeris
4. Analitikal
5. Verbal (Bahasa Melayu)

Kelima-lima komponen ini dimuatkan dalam lima buah buku seperti berikut:

Buku A: INSAK
Buku B: Kuantitatif
Buku C: Bahasa Inggeris
Buku D: Analitikal
Buku E: Verbal

Tempoh keseluruhan ujian ialah selama 2 jam 30 minit.

Buku Komponen Jumlah Soalan Masa (minit)
A INSAK 135 30
B Kuantitatif 30 30
C Bahasa Inggeris 25 30
D Analitikal 20 30
E Verbal 25 30


Nov 2, 2010

Guna kaedah kreatif jauhkan pelajar daripada dadah

ARKIB : 20/10/2010

KUALA LIPIS 19 Okt. - Golongan pendidik perlu menggunakan pendekatan yang kreatif dalam usaha menjauhkan pelajar daripada terbabit dengan penyalahgunaan dadah.

Ahli Parlimen Lipis, Datuk Dr. Mohamad Shahrom Osman berkata, guru perlu menggunakan pendekatan yang sesuai dengan perkembangan semasa kerana usaha membanteras penyalahgunaan dadah bermula daripada kesedaran di peringkat sekolah.

Beliau berkata, bakal guru sewajarnya melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran kerana usaha mendidik serta menerapkan kesedaran pelajar memerlukan kesungguhan.

''Guru antara insan pertama yang boleh membentuk sahsiah dan pembinaan insan anak-anak terutama dalam menghindarkan diri daripada perlakuan yang tidak sihat.

''Sama ada menerusi subjek bahasa Melayu, Sains dan Matematik atau kegiatan kokurikulum, usaha menyuntik kesedaran terhadap bahaya penyalahgunaan dadah perlu disampaikan kepada pelajar setiap masa," katanya.

Seragam gaji guru KPLI

ARKIB : 04/07/2010

KUALA LUMPUR 3 Julai – Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mencadangkan supaya gaji guru lepasan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) diseragamkan tanpa mengira jurusan yang diambil sebelum mengikuti kursus berkenaan.

Presiden NUTP, Hashim Adnan berkata, gaji permulaan yang berbeza di antara siswazah yang mengambil kursus kritikal dan sastera perlu dilakukan untuk mengurangkan rasa tidak puas hati guru lepasan KPLI yang mendapat gaji lebih rendah.

‘‘Mereka mengajar subjek yang sama di sekolah tetapi gaji dibayar berbeza mengikut jurusan yang diambil sebelum memasuki KPLI.

‘‘Keadaan ini juga akan mengurangkan peluang guru yang memiliki ijazah dalam jurusan sastera untuk naik pangkat kerana gred gaji yang lebih rendah berbanding mereka yang memiliki ijazah dalam bidang profesional,’’ katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang akhbar selepas menghadiri mesyuarat Exco NUTP Peringkat Kebangsaan di sini hari ini.

Menurut Hashim, dalam mesyuarat itu NUTP turut mengeluarkan resolusi menyokong cadangan untuk memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tetapi dengan beberapa syarat.

‘‘Satu mekanisme yang berkesan untuk menilai prestasi pelajar perlu diwujudkan agar pelajar dan guru tidak hilang fokus dalam proses pembelajaran.

‘‘Walau apa bentuk ujian yang akan menggantikan UPSR dan PMR kelak, perlu ada pemantauan yang khusus oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia,’’ katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung NUTP, Lok Yim Pheng berkata, persatuan itu menyokong penuh dasar 1Murid 1Sukan yang akan dilaksanakan tahun depan kerana dapat menanam budaya sukan dalam diri setiap murid dan merapatkan persefahaman di antara pelajar berbilang kaum.

source:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0704&pub=utusan_malaysia&sec=Kota&pg=wk_01.htm&arc=hive

Oct 20, 2010

KPLI tak terima calon hamil

2010/07/26

KEMENTERIAN Pelajaran merujuk aduan Masrina Mohd Yunos pada 29 Jun lalu bertajuk Calon KPLI hamil terkilan rayuan tak dilayan.

Merujuk Surat Tawaran dan Buku Panduan Tawaran Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR), tawaran mengikuti kursus ini tidak sah bagi calon hamil atau baru melahirkan anak dan belum melepasi 60 hari bersalin. Ia membabitkan calon ditimpa nahas atau sakit yang memerlukan rawatan berpanjangan.

Penangguhan pendaftaran kursus tidak dibenarkan dalam kes seperti itu. Calon boleh memohon mengikuti kursus pada tahun berikutnya, mesti memenuhi syarat kemasukan tahun semasa serta mematuhi prosedur permohonan.

Permohonan calon untuk dipanggil semula tanpa syarat kemasukan seterusnya tidak dapat dipertimbangkan kerana calon perlu melepasi prosedur pemilihan seperti ujian kelayakan dan temu duga setiap kali permohonan dibuat.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT,
Kementerian Pelajaran.

source:http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KPLItakterimacalonhamil/Article/

Oct 11, 2010

KALENDAR AKTIVITI PERMOHONAN KPLI SR MOD SEPENUH MASA DAN KPLI j-QAF MOD LPBS AMBILAN JANUARI 2011

D.KALENDAR AKTIVITI PERMOHONAN KPLI SR MOD SEPENUH MASA DAN KPLI j-QAF MOD LPBS
AMBILAN JANUARI 2011

1.Iklan permohonan KPLI Ambilan Januari 2011.
10 Oktober 2010

2.Permohonan dibuka (Permohonan dibuat secara online).
Nombor PIN boleh didapati di Bank Simpanan Nasional seluruh negara.
11 Oktober 2010

3.Permohonan ditutup.
(Pindaan atau perubahan maklumat permohonan boleh dibuat sehingga tarikh tutup).
24 Oktober 2010

4.Semakan online nama calon yang berjaya menduduki Ujian MTeST.
08 November 2010

5.Ujian MTeST seluruh negara (Sila bawa Tiket Panggilan Ujian).
13 November 2010

6.Semakan online nama calon berjaya dipanggil temu duga.
(Pemohon yang berjaya dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temu Duga, Borang Butiran Diri dan Helaian Pernyataan Hasrat melalui Internet).
03 Disember 2010

7.Temu duga KPLI Ambilan Januari 2011.
(Sila bawa bersama Surat Panggilan Temu Duga , Borang Butiran Diri dan Helaian Penyataan Hasrat yang dicetak melalui Internet yang telah dilengkapi).
13 hingga 24 Disember 2010

8.Semakan Tawaran calon berjaya ke Institut Pendidikan Guru (IPG).
(Calon boleh mencetak surat tawaran sementara melalui internet. Surat Tawaran Rasmi boleh didapati selepas melapor diri di IPG).
22 Januari 2011

9.Pendaftaran calon di Institut Pendidikan Guru.
(Calon yang melapor diri boleh mendapatkan Surat Tawaran Berkursus di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan selepas mendaftar).
31 Januari 2011

STRUKTUR PROGRAM

C. STRUKTUR PROGRAM
KPLI-SR MOD SEPENUH MASA
1. Tempoh Pengajian


Tempoh pengajian bagi program ini ialah satu tahun iaitu dua semester. Calon yang berjaya terpilih akan ditempatkan di mana-mana institut pendidikan guru di seluruh Malaysia.

2.
Komponen dan Mata Pelajaran
Komponen dan mata pelajaran KPLI Ambilan Januari 2011 adalah seperti berikut:

KOMPONEN

MATAPELAJARAN
Asas Dinamika Guru 1. Bahasa Melayu Kini
2. Pengurusan Sumber (Teknologi Maklumat & Komunikasi, Teknologi Pendidikan & Sains Perpustakaan)
3. Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral
4. Tamadun Islam
5. Pendidikan Negara Bangsa Malaysia
6. Pendidikan Alam Sekitar
7. Bina Insan Guru
Pengetahuan & Ketrampilan Profesional 8. Ilmu Pendidikan
Pengetahuan & Ketrampilan Pengkhususan 9. Mata Pelajaran Major
10. Mata Pelajaran Minor
Gerak Kerja Kokurikulum 11. GERKO
# Pengurusan GERKO
# Unit Beruniform dan Sukan
Praktikum 12. Latihan Amali

KPLI j-QAF MOD LPBS
1. Tempoh Pengajian


Tempoh pengajian bagi program ini ialah lapan belas bulan iaitu tiga semester. Calon yang berjaya terpilih akan ditempatkan di mana-mana institut pendidikan guru di seluruh Malaysia.

2.
Komponen dan Mata Pelajaran
Komponen dan mata pelajaran KPLI j-QAF Mod LPBS Ambilan Januari 2011 adalah seperti berikut:

KOMPONEN

MATAPELAJARAN
Pengajian Asas 1. Bahasa Melayu Komunikasi
2. Bahasa Inggeris Komunikasi
3. Seni Dalam Pendidikan
4. Pengurusan Sumber
5. Penyuburan Diri Insan Guru
Pengajian Profesional 6. Ilmu Pendidikan
Pengajian Kurikulum Persekolahan 7. Major
8. Minor 1
9. Minor 2
Kokurikulum 10. GERKO
Praktikum 11. Latihan Amali


3. Ikatan Perjanjian Pendidikan Guru
Calon yang telah menyempurnakan kursus adalah tertakluk dengan Ikatan Perjanjian Pendidikan Guru.

KESESUAIAN IJAZAH DENGAN BIDANG PENGKHUSUSAN YANG DITAWARKAN

B. KESESUAIAN IJAZAH DENGAN BIDANG PENGKHUSUSAN YANG DITAWARKAN

Berikut adalah kesesuaian ijazah dengan bidang pengkhususan yang ditawarkan:
1. Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) Mod Latihan Perguruan Sepenuh Masa
Bil
Kod Bidang Pengkhususan
Bidang Pengkhususan

Kesesuaian Ijazah

1.
A150M0000P (SJKC)
A160M0000P (SJKT)
Bahasa Melayu

1.Ijazah Sarjana Muda Pengajian Melayu (UM)
Major : Kesusasteraan Melayu
Minor : Bahasa Melayu
2.Ijazah Sarjana Muda Pengajian BahasaMelayu (USM)
Major : Pengajian Bahasa Melayu
Minor : Pengurusan
3.Ijazah Sarjana Sastera (USM)
Major : Pengajian Bahasa Melayu
Minor : Komunikasi
4.Ijazah Sarjana Muda Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu) (UPM)
Major : Bahasa dan Linguistik Melayu
Minor : Komunikasi
5.Ijazah Sarjana Muda Sastera (UPM)
Major : Sastera
Minor : Bahasa Melayu
6.Ijazah Sarjana Muda Sastera (UPM)
Major : Bahasa dan Linguistik Melayu
Minor : Pembangunan Keluarga
7.Ijazah Sarjana Muda Sastera (UKM)
Major : Persuratan Melayu
Minor : Linguistik


2.
A110E0000P (SK)
A150E0000P (SJKC)
A160E0000P (SJKT)
Bahasa Inggeris
1.Sains Kemanusiaan (Bahasa Inggeris dan Kesusasteraan) - UIA
2.Bahasa Inggeris dan Kesusasteraan / Pengajian Inggeris - USM
3.Bahasa Inggeris - UM
4.Pengajian Inggeris - UKM
5.Bahasa Inggeris (Major) dan Kesusasteraan Bahasa Inggeris (Minor) - UPM

3.
A110C0000P (SK)
Bahasa Cina
Bidang Bahasa
Bahasa Cina (Major) / Bahasa Tionghua (Major) / Chinese Studies / Chinese and Management Studies

4.
A110T0000P (SK)
Bahasa Tamil
Bidang Bahasa
Bahasa Tamil (Major) / Pengajian India (Major)

5.
A151M0000P (SJKC)
A161M0000P (SJKT)
Matematik
1.Matematik / Permodelan Matematik / Statistik /Statistik Gunaan /Sains Pemutusan
2.Matematik (Industri / Kewangan / Komputasi)
3.Sains Aktuari - UKM
4.Sains Gunaan (Matematik / Aktuari) - UTM

6.
A151S0000P (SJKC)
A161S0000P (SJKT)
Sains
Animal Sc / Applied Chemistry / Applied Sc / Biochemistry / Biohealth Sc / Biological Sc / Biology / Biomedical Sc / Biomedicine / Bioscience / Chemical Sc / Chemistry / Dental Sc / Dental Surgeon / Doctor of Dental Surgeon / Doctor of Medicine / Doctor of Medicine (M.D) / Doctor of Veterinary Medicine / Ecology & Biodiversity / Genetic / Genetic & Molecular Biology ? health Physics / Industrial Chemistry / Industrial Physics / Material Sc / Medicine & Surgery / Microbiology / Optometry / Petroleum Chemistry / Pharmacy / Physics with Electronic / Science / Zoology

7. A157B0000P (SJKC)
A167B0000P (SJKT)
Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
Biologi/ Bioperubatan Kejuruteraan/ Perubatan/ Sains Pertuturan/ Sains Audiologi, Terapi Cara Kerja/ Sains Kognitif/ Psikologi/ Biologi/ Psikologi Belia dan Pembangunan Komuniti/ Psikologi Kanak-kanak dan Keluarga/ Pendidikan Awal Kanak-kanak/ Psikologi Kaunseling/ Kejururawatan/ Bimbingan dan Kaunseling/ Prasekolah

8. A157D0000P (SJKC)
A167D0000P (SJKT)
Pendidikan Khas Masalah Pendengaran

9. A157L0000P (SJKC)
A167L0000P (SJKT)
Pendidikan Khas Masalah Penglihatan

10.
A156V0000P (SJKC)
A166V0000P (SJKT)
Pendidikan Seni Visual
1.Sarjana Muda Seni Halus dgn Kepujian (Grafik Komunikasi) – (USM)
2.Sarjana Muda Seni Halus dgn Kepujian (Reka Bentuk Teknologi Media Baru – (USM)
3.Sarjana Muda Seni Halus dgn Kepujian (Reka Bentuk Produk) – (USM)
4.Sarjana Muda Sastera dgn Kepujian Seni Halus – USM
5.Sarjana Muda Seni Lukis dan Seni Reka dgn Kepujian (Seni Halus) – (UITM)
6.Sarjana Muda Seni Lukis dan Seni Reka dgn Kepujian (Seni Reka Grafik) – (UITM)
7.Sarjana Muda Seni Lukis dan Seni Reka dgn Kepujian (Seni Tekstil) – (UITM)
8.Sarjana Muda Seni Lukis dan Seni Reka dgn Kepujian (Seni Reka Seramik) – (UITM)
9.Sarjana Muda Seni Lukis dan Seni Reka dgn Kepujian(Seni Reka Fesyen) – (UITM)
10.Sarjana Muda Seni Lukis dan Seni Reka dgn Kepujian (Seni Reka Logam Halus) – (UITM)
11.Sarjana Muda Seni Lukis dan Seni Reka dgn Kepujian (Seni Reka Perindustrian) – (UITM)
12.Ijazah Sarjana Muda Teknologi seni Visual dgn Kepujian – (UMS)
13.Ijazah Sarjana Muda Sastera dgn Kepujian (Seni Kreatif) – (UMS)
14.Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dgn Kepujian (Seni Halus) – (UNIMAS)

11.
A156J0000P (SJKC)
A166J0000P (SJKT)
Pendidikan Jasmani
1.Sains Sukan
i) Pengurusan
ii) Kejurulatihan
iii) Fisiologi Sukan
iv) Psikologi Sukan
2.Sains Senaman dan Sukan

12.
A157K0000P (SJKC)
A167K0000P (SJKT)
Bimbingan dan Kaunseling
1.Kaunseling (UM / UMT / UNIMAS / UUM / USIM)
2.Psikologi Kaunseling (UMS)

13.
A157C0000P (SJKC)
A167C0000P (SJKT)
Pendidikan Pemulihan
1.Ijazah Sarjana Muda Pengajian Melayu (UM)
Major : Kesusasteraan Melayu
Minor : Bahasa Melayu
2.Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Melayu (USM)
Major : Pengajian Bahasa Melayu
Minor : Pengurusan
3.Ijazah Sarjana Sastera (USM)
Major : Pengajian Bahasa Melayu
Minor : Komunikasi
4.Ijazah Sarjana Muda Sastera Bahasa dan Linguistik Melayu (UPM)
Major : Bahasa dan Linguistik
Minor : Komunikasi
5.Ijazah Sarjana Muda Sastera (UPM)
Major : Sastera
|Minor : Bahasa Melayu
6.Ijazah Sarjana Muda Sastera (UPM)
Major : Bahasa dan Linguistik Melayu
Minor : Pembangunan Keluarga
7.Ijazah Sarjana Muda Matematik/ Matematik Industri/ Matematik
Kewangan/ Matematik Komputasi/ Pemodelan Matematik
8.Memperoleh kepujian dalam mata pelajaran Matematik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia
9.Memperoleh kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia)

14.
A154K0000P (SJKC)
A164K0000P (SJKT)
Kemahiran Hidup
1.Bidang Kejuruteraan
i) Kejuruteraan (Awam/Mekanikal/Elektrik/Elektronik/Mekatronik/Pembuatan/
Pembinaan/Pengeluaran/Pertanian/Mekanik/Automotif.
ii) Rekabentuk (Senibina/Industri/Produk)
iii) Teknologi Perabot
2.Bidang Perniagaan
i) Pentadbiran Perniagaan*
ii) Pengurusan Perniagaan
iii) Perakaunan
iv) Perniagaan Tani

*Kecuali
-Pentadbiran Perniagaan(Pengurusan Sumber Manusia)

**Kecuali
-Perakaunan Sistem Maklumat
3. Bidang Pertanian
i) Bioindustri(Pertanian/Hortikultur/Landskap)
ii) Sains Pertanian/Perhutanan/Agroteknologi/Hortikultur
iii) Bioteknologi (Sains Pertanian)
iv) Senibina Landskap

15.
A157M0000P (SJKC)
A167M0000P (SJKT)
Pendidikan Muzik
1.Seni Muzik Komposisi/ Seni Muzik Persembahan/ Seni Lukis/ Seni Reka/ seni Persembahan (Seni Layar) - UITM
2.Seni Persembahan Muzik/ Seni Persembahan Drama/ Seni Persembahan Tari - UM
3.Seni Muzik (Seni Persembahan dan Pedagogi)/ Sastera (Muzik)/ Arahan dan Seni Lakon – USM
4.Persembahan Muzik - UPM
5.Muzik - UNIMAS
6.Pengajian Muzik/ Pendidikan Seni Kreatif - UMS

16.
A156C0000P (SJKC)
A166C0000P (SJKT)
Pengajian Sosial

1.Sains Sosial (Antropologi & Dakwah) – UDM
2.Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa/Pengurusan Awam/
Pengurusan Kerja Sosial – UUM
3. Sains Ukur & Geomatik – UiTM

4.Sastera (Geografi & Sejarah)/Sains Kemasyarakatan
(Antropologi/Sosiologi/Kerja Sosial – USM

5.Sosiologi & Antropologi/Geografi/Sejarah/Geologi/
Kerja Sosial – UMS
6 Sejarah & Tamadun/Sosiologi & Antropologi – UIA
7. Sains Sosial & Kemanusiaan (Antropologi & Sosiologi)/
Sains Sosial (Geografi/Sains Pembangunan/Kerja Sosial)/
Sastera (Sejarah)/Sains (Geologi/Sains Sekitaran) – UKM
8.Sains (Geologi – Geologi Gunaan/Geografi/ Sains &
Pengurusan Alam Sekitar)/Sastera (Sejarah/Pengajian
Kependudukan)/Kajian Asia Tenggara/Kejuruteraan
(Alam Sekitar) – UM
9 Pengajian Warisan – Universiti Malaysia Kelantan
10.Bacelor Sains (alam Sekitar)/Bacelor Pengurusan Alam
Sekitar – UPM
11 Sains Remote Sensing/Sains Geoinformatik – UTM
12.Kajian Khidmat Sosial/Pengajian Kerja Sosial – UNIMAS

IPTS/IPT Luar Negara (yang diiktiraf)

Geografi
Geoinformatik
Ilmu Kemanusiaan
Ilmu Kemasyarakatan
Sejarah
Sejarah & Tamadun
Sosiologi & Antropologi
Usuludin (Sejarah & Tamadun)

17.
A117P0000P (SK)
A157P0000P (SJKC)
A167P0000P (SJKT)
Prasekolah
Psikologi Belia dan Pembangunan Komuniti/ Psikologi Kanak-kanak dan Keluarga/ Psikologi Kaunseling/ Kejururawatan/ Sains Kognitif/ Psikologi/ Kaunseling/ Bimbingan dan Kaunseling/ Prasekolah/ Pendidikan Awal Kanak-kanak


e-Pemohonan KPLI


















A. IKLAN PERMOHONAN
Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI SR) Mod Latihan Perguruan Sepenuh Masa dan Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI j-QAF) Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) di Institut Pendidikan Guru(IPG).

1. KETERANGAN PROGRAM

1.1 Nama Program : KURSUS PERGURUAN LEPASAN IJAZAH SEKOLAH RENDAH (KPLI SR) Mod Latihan Perguruan Sepenuh Masa

Tempoh Pengajian : 1(Satu) Tahun

Mod Kursus : Sepenuh Masa


1.2 Nama Program : KURSUS PERGURUAN LEPASAN IJAZAH SEKOLAH RENDAH (KPLI SR)j-QAF Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah

Tempoh Pengajian : 1(Satu) Tahun Dan 6(Enam) Bulan

Mod Kursus : Latihan Perguruan Berasakan Sekolah (LPBS)
2. SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS
2.1 Kewarganegaraan
Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
2.2 Kesihatan
Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
2.3 Umur
a. Umur tidak melebihi 35 tahun pada 31 Januari 2011 iaitu lahir pada atau selepas 31 Januari 1976.
2.3 Kelayakan Akademik


a.
Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengannya daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan atau luar negara.


b.
Memiliki ijazah yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Pemohon perlu merujuk laman sesawang JPA di alamat berikut : http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainIktiraf.asp
c Calon Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) j-QAF Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) hendaklah memiliki ijazah sama ada dalam bidang Pengajian Islam atau Pengajian Bahasa Arab atau al-Quran atau bidang yang berkaitan
d. Memiliki kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM atau SPM(V) serta lulus ujian lisan atau Prinsipal Bahasa Melayu di peringkat STPM.
e.
Lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM atau SPM(V).
3. SYARAT TAMBAHAN
3.1 Calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK 2.75 ke atas diberi keutamaan.
3.2 Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum
3.3 Calon yang memiliki ijazah yang bertepatan dengan bidang pengkhususan dan pengalaman mengajar akan diberi keutamaan.
3.4 Bagi pemohonan bidang pengajian di SJKC, calon perlu memiliki kepujian dalam Bahasa Cina di peringkat SPM atau SPM(V) kecuali permohonan bagi bidang pengkhususan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dan;
Bagi pemohonan bidang pengajian di SJKT, calon perlu memiliki kepujian dalam Bahasa Tamil di peringkat SPM atau SPM(V) kecuali permohonan bagi bidang pengkhususan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris .
3.5 Calon hendaklah bersedia ditempatkan di mana-mana sekolah termasuk di kawasan pedalaman.
4. CALON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON

4.1
Calon yang telah memiliki kelayakan ikhtisas perguruan seperti Ijazah Sarjana Muda dengan Pendidikan, Diploma dengan Pendidikan, Diploma Pendidikan, Diploma Perguruan atau Sijil Perguruan.

4.2
Calon yang masih lagi terikat dengan Kontrak Perkhidmatan Agensi Kerajaan termasuk yang sedang mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah Mod Kursus Dalam Cuti(KDC) atau Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah(LPBS) kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia.

4.3
Calon yang pernah meletakkan jawatan dalam perkhidmatan kerajaan.

4.4
Calon yang pernah dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan atau dalam latihan.

4.5
Calon yang pernah atau sedang disabitkan dalam kesalahan penyalahgunaan dadah atau jenayah.



5. BIDANG PENGKHUSUSAN YANG DITAWARKAN
5.1 Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah(KPLI-SR) Mod Sepenuh Masa
5.1.1 Sekolah Kebangsaan (SK).
Bil.
Bidang
Bil.
Bidang
1. Prasekolah 3. Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan
2. Bahasa Inggeris 4. Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan
5.1.2 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).
Bil.
Bidang
Bil.
Bidang
1. Prasekolah 9. Pendidikan Seni Visual
2. Bahasa Melayu 10. Pendidikan Jasmani
3. Bahasa Inggeris 11. Bimbingan dan Kaunseling
4. Matematik 12. Pendidikan Pemulihan
5. Sains 13. Kemahiran Hidup
6. Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran 14. Pendidikan Muzik
7. Pendidikan Khas Masalah Pendengaran 15. Pengajian Sosial
8. Pendidikan Khas Masalah Penglihatan
5.1.3 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).
Bil.
Bidang
Bil.
Bidang
1. Prasekolah 9. Pendidikan Seni Visual
2. Bahasa Melayu 10. Pendidikan Jasmani
3. Bahasa Inggeris 11. Bimbingan dan Kaunseling
4. Matematik 12. Pendidikan Pemulihan
5. Sains 13. Kemahiran Hidup
6. Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran 14. Pendidikan Muzik
7. Pendidikan Khas Masalah Pendengaran 15. Pengajian Sosial
8. Pendidikan Khas Masalah Penglihatan
5.2 Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR)j-QAF Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS)
5.2.1 Bidang pengajian yang ditawarkan adalah seperti berikut:
(i) Bahasa Arab
(ii) Pendidikan Islam
(iii) Pendidikan Islam Pendidikan Khas j-QAF
6. CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN

6.1
Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat: http://www.moe.gov.my mulai 11 Oktober 2010.
6.2
Permohonan atas talian boleh dibuat dengan menggunakan Nombor Pengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh negara dengan bayaran sebanyak RM 6.00 (Ringgit Malaysia Enam sahaja) melalui saluran kaunter, ATM dan perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS).
6.3 Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang tersebut bagi mendapatkan maklumat iklan, kesesuaian ijazah dengan bidang pengkhususan, struktur program dan kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
6.4 Calon dibenarkan mengemukakan SATU permohonan sahaja.
6.5 Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Pindaan butiran permohonan dihadkan tiga kali sahaja dan hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup permohonan.
6.6
Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
7. MAKLUMAN DAN PERHATIAN
7.1
Calon yang memenuhi syarat dan kelayakan asas untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah ini diwajibkan menduduki Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia (Malaysian Teacher Selection Test – MTeST) dan menghadiri temu duga yang akan ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. (Sila rujuk Kalendar Aktiviti Permohonan KPLI Ambilan Januari 2011 di dalam Iklan Permohonan Kursus Perguruan Lepas Ijazah untuk maklumat lanjut.)
7.2
Keutamaan diberi kepada calon yang mempunyai ijazah yang tepat dan bersesuaian dengan bidang yang dipohon. (Sila rujuk senarai kesesuaian ijazah di dalam Iklan Permohonan Kursus Perguruan Lepas Ijazah ini untuk maklumat lanjut).

7.3
Calon yang dipanggil menduduki MTeST dikehendaki mencetak Tiket Panggilan Ujian daripada laman web Kementerian Pelajaran Malaysia dan dibawa bersama semasa ujian.

7.4
Calon yang layak dipanggil temu duga dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temu Duga, Lembaran Pernyataan Hasrat, dan Borang Butiran Diri daripada laman sesawang. Borang Butiran Diri dan Lembaran Pernyataan Hasrat yang telah diisi dan dilengkapkan hendaklah dibawa bersama-sama dengan dokumen-dokumen lain pada hari temu duga. Bahagian Pendidikan Guru tidak akan mengeluarkan  makluman secara bersurat  kepada calon.
7.5
Calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia atau badan berkanun dikehendaki membawa Surat Pengesahan Ketua Jabatan semasa temu duga.

7.6
Calon yang berjaya ditawarkan kursus akan menerima surat tawaran rasmi semasa melapor diri di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan.

7.7 Calon adalah dinasihatkan supaya terlebih dahulu membuat semakan kepada status kelayakan ijazah yang diiktiraf oleh kerajaan dengan melayari portal di alamat berikut :
http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainIktiraf.asp
7.8
Maklumat permohonan yang tidak lengkap atau tidak benar, boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
8. TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Permohonan bagi Ambilan Januari 2011 ditutup pada 24 Oktober 2010.
9. PENDAFTARAN
Calon yang ditawarkan tempat mengikuti kursus ini akan mendaftar di Institut Pendidikan Guru yang ditentukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tarikh yang akan ditetapkan. Calon yang telah ditemu duga dan tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran di Institut Pendidikan Guru adalah dianggap tidak berjaya. Bahagian ini tidak akan mengeluarkan maklumat secara bersurat kepada calon.
10. IKATAN PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU
Calon yang ditawarkan mengikuti kursus di Institut Pendidikan Guru adalah tertakluk kepada ikatan Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah atau institusi pendidikan seperti yang diarahkan oleh pihak kerajaan setelah tamat berkursus.
11. ALAMAT BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan permohonan :
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 3, BLOK E13, PARCEL E
KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
( u.p : Unit Pengurusan Pengambilan Pelajar )
Nombor Telefon :
03-88841260
03-88841254
03-88841253
03-88841371
03-88841235

URUSETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
Cawangan Sabah
d/a Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya
Peti Surat 10491
88805 Kota Kinabalu, Sabah
Nombor Telefon : 088–236804
URUSETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
Cawangan Sarawak
Jalan College
93259 Kuching, Sarawak
Nombor Telefon : 082 – 258045

Permohonan Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI-SR dan KPLI-jQAF) Ambilan Januari 2011

Assalamu'alaikum w.b.t & Salam Sejahtera,
Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Aplikasi Permohonan Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI-SR dan KPLI-jQAF) Ambilan Jan 2011 boleh dibuat mulai pada 11 Oktober 2010 (Isnin) melalui laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia : http://www.moe.gov.my.  
 
Calon dikehendaki mendapatkan NO PIN di cawangan BSN berhampiran sebelum membuat permohonan.
 
Sekian, terima kasih.

Jul 12, 2010

18 universiti terima penarafan cemerlang

12/07/2010 1:25pm

PUTRAJAYA 12 Julai - Tujuh institusi pengajian tinggi awam dan 11 dari swasta menerima pengiktirafan cemerlang menerusi Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi (SETARA) 2009.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika mengumumkan perkara itu berkata, IPT awam yang menerima pengiktirafan itu ialah Universiti Islam Antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Putra Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia dan Universiti Teknolog Mara.

IPT swasta yang terpilih pula ialah Universiti Multimedia, Universiti Kuala Lumpur, Universiti Teknologi Petronas, Sunway Universiti Kolej dan Curtin Universiti Teknologi Kampus Sarawak.
Lain-lain, Monash Universiti Kampus Sunway, Taylor's Universiti Kolej, International Medical University, Swinburne Universiti Teknologi Kampus Sarawak, Universiti Nottingham Kampus Malaysia serta Management and Science Universiti.

Sebanyak 25 universiti dan kolej universiti iaitu 14 swasta dan 11 awam pula menduduki tahap sangat baik manakala empat kolej universiti swasta pula menduduki tahap baik, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

"Bagaimanapun kali ini tiada universiti dan kolej universiti yang mencapai tahap terbilang," katanya. - Bernama

source: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0712&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_12.htm